Halaman

Rabu, 6 Ogos 2014

PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

  • Apa itu masalah?
  • Penyelesaian masalah.
  • Mengapa perlu penyelesaian masalah.
  • Strategi penyelesaian masalah

 satu tugasan yang dihadapi oleh individu yang ingin / perlu mencari sesuatu penyelesaian. Individu itu tidak mempunyai prosedur sedia ada & mesti berusaha untuk mencari penyelesaian itu.                               

Charles & Lester


........DUA SYARAT KEWUJUDAN MASALAH 
Adanya tujuan
Adanya halangan
                           Anderson & Pingry
 APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?
Proses terancang yang memerlukan kemahiran berfikir untuk mencapai matlamat yang dikehendaki …… menggunakan pengetahuan & pengalaman.

4 LANGKAH MODEL POLYA
  • Memahami dan mentafsir
  • Merancang strategi penyelesaian
  • Melaksanakan strategi
  • Menyemak semula penyelesaian
 
MENGAPA PERLU PENYELESAIAN MASALAH?
  • Kemahiran Matematik
  • Memahami konsep Matematik
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran membuat keputusan
  • Kemahiran Komunikasi
  • Pembelajaran kendiri
  • Kemahiran merancang
  • Keseronokan & Kepuasan
  • Nilai

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

  1. Mencuba kes lebih mudah.
  2. Cuba jaya.
  3. Melukis gambar rajah.
  4. Mengenal pasti pola.
  5. Membuat jadual/ carta atau senarai secara bersistem.
  6. Membuat simulasi.
  7. Mengguna analogi.
  8. Bekerja ke belakang.
  9. Menaakul secara mantik.
  10. Mengguna algebra.